Koleksi Imej Apple Maps

Apple sedang menjalankan ukur bumi dengan kenderaan di seluruh dunia untuk mengumpulkan data menambah baik Apple Maps dan untuk menyokong ciri Lihat Sekeliling. Kenderaan ukur bumi mungkin menggunakan kelengkapan yang dipasang di luar kenderaan, di samping iPhone, iPad atau peranti lain di dalam kenderaan. Kami mungkin akan melawati semula sesetengah lokasi dan mengumpul semula data secara berkala dalam usaha untuk memastikan peta kami berkualiti tinggi dan terkini. Apple juga sedang menjalankan pengukuran dengan sistem boleh alih di kawasan pejalan kaki terpilih (sebagai contoh, jalan tertentu di Kuala Lumpur yang tidak boleh dipandu melaluinya). Sesetengah pengukuran kawasan pejalan kaki menggunakan sistem beg galas untuk mengumpulkan data yang mungkin akan digunakan terus dalam Apple Maps, seperti ciri Lihat Sekeliling. Pengukuran kawasan pejalan kaki lain menggunakan iPad, iPhone atau peranti lain untuk mengumpulkan data untuk tujuan penambahbaikan peta. Pengukuran kawasan pejalan kaki ini membolehkan kami menambah baik dan mengemas kini Apple Maps di kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan sambil menggunakan perlindungan privasi yang sama dengan kenderaan Apple Maps.

Kami komited dalam melindungi privasi anda semasa menjalankan pengukuran ini. Sebagai contoh, kami akan menapis muka dan plat lesen kenderaan pada imej yang diterbitkan dalam ciri Lihat Sekeliling. Jika anda mempunyai komen atau soalan tentang proses ini, hak privasi anda atau hendak meminta agar muka, nombor plat kenderaan atau rumah anda sendiri ditapis, sila hubungi kami.

Untuk butiran lanjut tentang cara Apple Maps melindungi privasi anda klik di sini.

Lihat di bawah untuk memahami tempat di dunia yang akan kami petakan seterusnya. Anda akan dapat melihat senarai lengkap negara yang akan kami jalankan ukur bumi  di sini.

Pilih Negara atau Rantau

Jenis: Pejalan Kaki - Beg Galas

Rantau

Tempoh

Selangor 18 Oktober 2024 - 31 Disember 2024
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 18 Oktober 2024 - 31 Disember 2024
Melaka 18 Oktober 2024 - 31 Disember 2024
Johor 18 Oktober 2024 - 31 Disember 2024
Pulau Pinang 18 Oktober 2024 - 31 Disember 2024